LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 29 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Daerah Maritim 1  Langkawi (DM1) telah mengadakan Majlis Pemakaian Pangkat Leftenan Komander kepada pangkat Komander di perkarangan pejabat DM1 Langkawi pada 23 Februari yang lalu.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Maritim Daerah, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain bin Mohd Omar bagi menyempurnakan majlis kenaikan pangkat Leftenan Komander Maritim Vincent A/L Rajamony.

Pengarah Maritim Daerah turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada beliau serta berharap agar dengan kenaikan pangkat ini beliau lebih maju dimasa akan datang.

Diakhir majlis, DM1 turut memberikan  penghargaan kepada anggota yang akan bertukar keluar dari DM1 pada bulan Mac ini . Timbalan Pengarah ( Pentadbiran ) , pegawai dan anggota DM1 turut hadir pada majlis tersebut.

 

NAIK PANGKAT POD NAIK PANGKAT POD 2

Sumber :

Laskar Kelas I Maritim Norakhilah Desa

Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim 1 Langkawi - DM 1