16
Tue, Apr

MARITIM NEGERI SABAH RAMPAS 400 LITER MINYAK PETROL

SANDAKAN, 25 Disember – Sejumlah 400 liter disyaki minyak petrol yang diisi dalam 20 tong berjaya dirampas oleh Zon Maritim Sandakan selepas dibuang ke laut ketika aksi kejar buru antara Maritim Malaysia dan dua bot pancung disyaki penyeludup petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki berkata, bot ronda Maritim Malaysia ketika dalam rondaan operasi telah mengesan dua bot pancung yang mencurigakan pada sekitar jam 3.10 petang di kedudukan 1.6 batu nautika utara Pulau Bai.

Pihak Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi bagi memeriksa bot tersebut namun tidak memberikan kerjasama malah bertindak memecut laju bagi tujuan untuk meloloskan diri. Suspek turut membuang 20 tong disyaki berisi petrol ke laut dan menuju ke perairan cetek serta berbatu bagi mengelak daripada ditahan pihak penguat kuasa.

Kesemua tong minyak seterusnya dirampas sebelum dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam pada itu, Zon Maritim Sandakan turut menahan sebuah bot nelayan tempatan di kedudukan 0.19 batu nautika tenggara Kampung Sim-sim kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 kerana membawa 45 penumpang tanpa kebenaran pada hari yang sama.

 

PETROL RAMPAS 2   PETROL RAMPAS   PETROL RAMPAS 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON