25
Thu, Apr

MARITIM MALAYSIA RAMPAS 117 UNIT BUBU NAGA DI PERAIRAN PERAK

KUALA KURAU, 22 Disember – Zon Maritim Kuala Kurau merampas 117 unit bubu naga di Perairan Kerian dan Larut Matang Perak pada petang semalam dan kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata, kesemua bubu naga tersebut dirampas oleh pasukan bot peronda Maritim Malaysia ketika sedang melakukan rondaan di perairan Kerian dan Larut Matang.

Kesemua bubu naga itu dikesan melalui penemuan penanda botol dan bendera yang mencurigakan dan dirapati untuk pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan di lokasi pertama pada kedudukan 2.4 batu nautika barat Kuala Terong pada petang semalam menemukan sebanyak 67 unit bubu naga manakala 50 unit lagi ditemukan kelmarin pada kedudukan 3.5 batu nautika barat daya Kuala Gula.

Kesemua bubu naga dianggarkan bernilai lebih lapan ribu ringgit itu dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa lesen.

Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk tindakan segera.

 

KURAU BUBU 2   KURAU BUBU 3   KURAU BUBU 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON