STESEN UDARA MARITIM SUBANG (SUMS) – KUNJUNGAN DAN LAWATAN OLEH SURUHANJAYA PERLANTIKAN KEHAKIMAN (JAC) KE SUMS

SUBANG, 22 Disember – Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) menerima kunjungan dan lawatan delegasi Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (JAC) baru-baru ini.

Tujuan kunjungan dan lawatan ini adalah bagi menjalinkan hubungan di antara SUMS dengan agensi yang melibatkan perundangan di Malaysia.

Delegasi JAC diketuai oleh Setiausaha Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman, Qalam Zainuddin bin Sani bersama pegawai kanan dari JAC yang di sambut oleh Ketua Stesen Udara Maritim Subang, Kepten Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan, Ketua Seksyen Operasi Komander Maritim Mohamad Redzuan bin Abdullah, Ketua Skuadron Amphibious Komander Maritim Muhammad bin Saad dan pegawai kanan dari SUMS.

Dalam kunjungan dan lawatan itu, kesemua delegasi diberi taklimat mengenai pengoperasian SUMS, pengenalan mengenai aset-aset serta pengenalan daripada 'Resque Swimmer' berkenaan operasi dan peralatan yang dimiliki unit tersebut.

Selain itu, para deligasi turut diberi penerangan mengenai peranan dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh SUMS dalam memastikan operasi penguatkuasaan maritim di negara ini sentiasa berada dalam tahap kesiap siagaan tertinggi pada setiap masa.

 

SUMS JAC   SUMS JAC 2   SUMS JAC 3   SUMS JAC 4