LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Kuantan, 19 Feb – Seramai 20 pegawai APMM telah menamatkan Kursus Intermediate SAR Operation and Coordination Course dengan jayanya disini, hari ini. Kursus selama seminggu yang bermula pada 15-19 Februari ini merupakan anjuran bersama antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Japan International Coorparaton  Association (JICA).

Objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman serta pengetahuan mengenai tugas dan tanggungjawab SAR Mission Coordinator (SMC) dalam melaksanakan misi SAR sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Operation Research dan Optimal Search Planning antara modul latihan yang sangat diberi penekanan di dalam kursus kali ini. Kesemua peserta diharap dapat memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi sepanjang kursus ini dan  seterusnya mengaplikasikannya di lapangan kelak.

Majlis perasmian penutup kursus telah dilaksanakan oleh Komander maritim Mustafa bin Nazeri, Ketua Latihan Lanjutan AMSAS.

 

DSC 0914DSC 1005

 

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat AMSAS