SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN IBU PEJABAT MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 21 Disember – Laksamana Pertama Maritim Zulinda Binti Haji Ramly telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang baharu berkuatkuasa pada 21 November lalu.

Lantikan berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dalam Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Bahagian Pembangunan Maritim Malaysia yang berlangsung hari ini.

Hadir sama Mantan Pengarah Bahagian Pembangunan yang kini merupakan Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Md Fauzi bin Othman, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah dan Pengarah Bahagian Bekalan, Kepten Maritim Iskandar Bin Ishab @ Ishak.

Dalam ucapannya, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan menzahirkan keyakinan bahawa pelantikan ini dapat membawa imej Bahagian Pembangunan ke tahap yang lebih cemerlang selain mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada agensi.

Beliau juga menyeru supaya Sektor Logistik dan Bahagian Pembangunan akan terus memberikan komitmen yang tinggi dan sokongan padu kepada Pengarah Bahagian Pembangunan yang baharu bagi memastikan sektor itu terus relevan.

Dalam pada itu, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Penolong Pengarah Cawangan Prasarana dan Infrastruktur, Bahagian Pembangunan Maritim Malaysia, Leftenan Madya Maritim Ts. Razis Bin Yunus yang telah diperakui sebagai Teknologis Profesional pada 19 Disember 2023 lalu oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBoT).

 

WhatsApp Image 2023 12 21 at 2.15.56 PM   WhatsApp Image 2023 12 21 at 2.15.57 PM   WhatsApp Image 2023 12 21 at 2.16.00 PM   WhatsApp Image 2023 12 21 at 2.16.00 PM 1