LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 18 Feb – Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Timur telah mengadakan Seminar Pengurusan Kewangan dan Harta di Auditorium WILTIM yang melibatkan warga WILTIM, DM8 dan Pangkalan Maritim Kemaman termasuk kapal dan bot seramai 50 peserta.

Seminar ini dijalankan dalam 3 sesi iaitu, penerangan tentang pengurusan harta pusaka dalam islam, taklimat berkaitan insuran “sediakan payung sebelum hujan” dan taklimat berkaitan kepentingan merancang kewangan oleh wakil PNB Pahang.

Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga Maritim Malaysia khususnya warga WILTIM dan DM8 tentang kepentingan pengurusan kewangan dan harta dalam islam, selain itu dapat memantapkan lagi tentang pengetahuan dalam hal-ehwal menguruskan kewangan semasa hidup dan waris yang telah mati.

 

2 1

Sumber:

Unit Perhubungan Awam WILTIM