19
Fri, Apr

MARITIM NEGERI SARAWAK | PERLAWANAN PERSAHABATAN BOWLING ANJURAN PETRONAS

KUCHING, 16 Disember – Maritim Negeri Sarawak telah menyertai perlawanan persahabatan bowling PETRONAS bersama Agensi dan Jabatan Kerajaan Persekutuan yang berlangsung di Megalanes Batu Kawa, Kuching pada Jumaat.

Pasukan bowling Maritim dianggotai oleh lima peserta yang di ketuai oleh Pegawai Memerintah KM SRI AMAN, Leftenan Komander Maritim Md Nor bin Ismail yang mewakili Timbalan Pengarah Operasi Negeri Sarawak. Empat peserta yang mewakili Maritim Malaysia bertanding dalam kategori Berpasukan sementara Leftenan Komander Maritim Md Nor bertanding dalam ketegori VIP.

Perlawanan persahabatan yang dianjurkan oleh PETRONAS pada kali ini sebagai penutup acara sukan tahunan yang turut disertai oleh pejabat SUPPS, PDRM ,Imigresen, Kastam, BOMBA, dan Jabatan Tenaga.

Acara disempurnakan oleh Setiausaha Persekutuan Sarawak Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan dengan melakukan gimik iaitu lontaran pertama dalam perlawanan ini secara langsung telah merasmikannya.

Objektif acara ini adalah bagi menerapkan semangat kerjasama yang berterusan dan menjalinkan hubungan erat antara Agensi dan Jabatan Kerajaan Persekutuan khasnya di peringkat negeri Sarawak.

Berikut adalah keputusan perlawanan persahabatan bowling ini; PDRM telah menjuarai kategori berpasukan, Jabatan Kastam memenangi dalam kategori VIP dan Maritim Negeri Sarawak telah mendapat kedudukan lima terbaik keseluruhan.

 

WhatsApp Image 2023 12 17 at 8.34.22 AM   WhatsApp Image 2023 12 17 at 8.34.23 AM   WhatsApp Image 2023 12 17 at 8.34.24 AM   WhatsApp Image 2023 12 17 at 8.34.25 AM
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON