25
Thu, Apr

BOT PILOT SRI PERKASA 81 BERSAMA DUA KRU DITEMUKAN SELAMAT

PELABUHAN KLANG, 11 Disember – Maritim Negeri Selangor, mengesahkan telah menemukan bot Pilot Sri Perkasa 81 bersama dua kru di Perairan Pulau Tengah pada sekitar jam 3.15 petang tadi.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, penemuan itu adalah hasil maklumat Area Control Centre (ACC) SWASLA Klang yang mengesan kedudukan bot Pilot Sri Perkasa 81 itu kira-kira pada jam 1.00 petang di sekitar Perairan Pulau Tengah.

Sejurus menerima maklumat, Bot PENGAWAL 25 diatur gerak ke lokasi dan menemukan bot Pilot Sri Perkasa 81 di kedudukan lebih kurang 2.4 batu nautika dari lokasi terakhir sebelum bot berkenaan gagal dihubungi.

Hasil pemeriksaan mendapati bot itu mengalami kerosakan jentera utama dan janakuasa manakala kedua-dua kru Muhammad Azizi bin Azman, 28, dan Muhammad Baharuddin bin Bahari, 24, berada dalam keadaan selamat.

Bot Pilot Sri Perkasa 81 telah ditunda dengan menggunakan bot Pilot Sri Perkasa 85 ke perairan Terminal Penumpang South Port dan dijangka tiba pada jam 8.15 malam.

Terdahulu, bot Pilot Sri Perkasa 81 ditugaskan menghantar seorang Pilot ke kapal DHT Bronco di perairan Pulau Tengah, sebelum gagal dihubungi dan dikesan lebih kurang jam 9.30 pagi selepas menghantar Pilot berkenaan di atas kapal DJT Branco di kedudukan 12 batu nautika Barat Pulau Tengah.

Orang ramai dan komuniti maritim diingatkan agar sentiasa memeriksa keadaan bot agar tiada kerosakan dan bersedia untuk berlayar sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut supaya tidak mengundang sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Sebarang laporan kecemasan, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-321760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

BOT PILOT KLANG   BOT PILOT KLANG 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON