19
Fri, Apr

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS GABENOR SATUN ERAT KERJASAMA PERSEFAHAMAN ISU SEMPADAN MARITIM

SATUN, 10 Disember – Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksmana Pertama Maritim Romli bin Mustafa bersama rombongan dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Malaysia Thailand Border Coordination Office (MTBCO) telah mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Wilayah Mueang, Satun Thailand pada 7 dan 8 Disember lalu.

Rombongan itu disambut oleh Timbalan Gabenor Wilayah Satun, Chatri Na Thalang bersama pegawai-pegawai kanan beliau.

Objektif lawatan ini adalah bagi membincangkan hal-hal menangani aktiviti penangkapan ikan secara haram rentas sempadan, penyeludupan dadah dan barang-barang kawalan Kastam terutamanya di kawasan selatan Thailand dan utara tanah air.

Lawatan itu juga dapat mengeratkan hubungan baik yang lama terjalin antara dua negara dalam membanteras aktiviti jenayah dan salah laku di perairan kedua-dua negara.

 

GABENOR SATUN 2   GABENOR SATUN 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON