28
Thu, Mar

THE 1ST INTELLIGENCE OFFICER INTERACTION (IOI) MEDAN KERJASAMA MARITIM MALAYSIA DAN TNI ANGKATAN LAUT INDONESIA

PUTRAJAYA, 6 Disember – Wakil delegasi daripada TNI Angkatan Laut Indonesia, Asintel Kasal, Mayor Jenderal TNI (Mar) Suaf Yanu Hardani bersama empat pegawai kanan telah mengadakan kunjung hormat ke atas Pengarah Bahagian Perisikan (MIND) Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah bertempat di Ibu Pejabat Maritim Malaysia hari ini.

Merupakan The 1st Intelligence Officer Interaction (IOI), pertemuan antara kedua-dua agensi ini bakal menjadi medan penting bagi membincangkan pelbagai pendekatan dalam menangani isu jenayah rentas sempadan.

Kunjungan ini juga merupakan langkah proaktif dalam membangunkan kerjasama erat antara agensi melalui perkongsian maklumat dan kepakaran bagi menghapuskan ancaman seperti rompakan serta penangkapan ikan secara haram di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) di Selat Melaka.

Kerjasama yang terjalin ini juga dilihat bakal menjadi kunci utama dalam memastikan keselamatan kawasan maritim kedua-dua negara.

Terdahulu Mohd Zawawi merakamkan ucapan terima kasih kepada deligasi yang hadir dalam kunjungan hormat berkenaan.

Beliau dalam pada itu turut menyampaikan salam daripada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin yang tidak dapat bersama-sama dalam pertemuan ini kerana mempunyai tugasan penting yang tidak dapat dielakkan.

 

IOI LAKSMA ZAWAWI 3   IOI LAKSMA ZAWAWI 6   IOI LAKSMA ZAWAWI   IOI LAKSMA ZAWAWI 5
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON