25
Thu, Apr

ZON MARITIM TANJUNG MANIS TERIMA SIJIL PENGIKTRAFAN EKSA KENDIRI KATEGORI CEMERLANG

KUCHING, 8 Disember – Zon Maritim Tanjung Manis telah menerima Sijil Pengiktirafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kendiri Kategori Cemerlang dalam satu majlis ringkas yang diadakan pagi tadi.

Anugerah itu telah disampaikan oleh Pengarah Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Sarawak, Tuan Haji Mohamad Anuardi bin Hajani kepada Komander Maritim Gilbert Tinggak Anak Numpang, Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, di Pejabat MAMPU, Kuching, Sarawak.

EKSA atau Ekosistem Kondusif Sektor Awam merupakan salah satu dasar perkhidmatan awam yang diterajui oleh MAMPU dalam menerap dan meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi berimej korporat serta melahirkan idea kreatif serta inovasi.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Anak Numpang berkata, pasukan Audit Pensijilan EKSA MAMPU Sarawak telah menjalankan pengauditan di bangunan Pejabat Zon Maritim Tanjung Manis yang berlangsung selama dua hari bermula pada 24 hingga 25 Oktober lalu bersempena Sambutan Hari Inovasi 2023 Maritim Malaysia.

Penerapan EKSA Zon Maritim Tanjung Manis menerusi Cawangan Inovasi dan Kualiti, Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat Maritim Malaysia serta dorongan Pengarah Maritim Negeri Sarawak bagi penerapan objektif utama cawangan ini kepada peningkatan imej Maritim Malaysia dalam memupuk semangat kerja berpasukan dan pembangunan inovasi, idea serta kreativiti bagi mengiktiraf usaha warganya secara berterusan.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Zon Maritim Tanjung Manis dan Maritim Negeri Sarawak ke atas penganugerahan Sijil Pengiktirafan EKSA ini sehingga tahun 2025.

 

WhatsApp Image 2023 12 08 at 11.29.00 AM

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON