PUTRAJAYA, 5 Disember – Majlis serah terima tugas Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM) dan Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) telah diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.
Majlis Serah Terima Tugas telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Tuan Haji Ghazali bin Hizam.
Dalam majlis tersebut, Kepten Maritim Razali bin Kasim telah menyerahkan tugas kepada Komander Maritim Mohd Marmizi bin Md Nor yang sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Memerintah KM Langkawi.