BATU PAHAT, 13 Januari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pangkalan Maritim Batu Pahat (PM4) telah mengadakan latihan penembakan senajata api kecil di Lapang Sasar Markas 7 Brigade, Kem Mahkota Kluang.
Objektif latihan ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemampuan penggunaan senjata yang lazimnya dikendalikan oleh anggota Maritim Malaysia. Ia juga dapat membentuk anggota agar berkebolehan serta mahir dalam menggendalikan senjata api kecil seterusnya meningkatkan kecekapan menembak.
Latihan yang berlangsung pada 11 dan 12 Januari lalu melibatkan seramai 55 orang pegawai dan anggota termasuk pegawai gunasama.
Sumber:
LK I (M) Hasfizal bin Hasan
Staf Unit Perhubungan Awam PM4 Batu Pahat