MAJLIS PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN PEGAWAI DAN ANGGOTA PSMM NEGERI PAHANG

KUANTAN, 25 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Negeri Pahang julung kalinya telah melaksanakan Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai dan Anggota PSMM pada 24 November semalam.

Majlis disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh dengan diiringi Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain.

Seramai 31 orang iaitu 25 lelaki dan 6 wanita telah dipilih dalam pengambilan PSMM Negeri Pahang setelah dua kali pemilihan dilaksanakan pada bulan Jun dan Julai lalu selepas perlantikan diluluskan oleh Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim yang menanggung tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia ketika itu.

Maritim Negeri Pahang telah melaksanakan latihan PSMM pada Oktober lalu sebagai permulaan kepada modul pembelajaran serta latihan asas kepada pegawai dan anggota PSMM yang berjaya terpilih.

Selain daripada itu juga, Maritim Negeri Pahang akan terus komited dalam melaksanakan latihan-latihan yang berkaitan kepada pegawai dan anggota PSMM sehingga ke tahap yang sewajarnya.

Melalui penglibatan dan komitmen yang berterusan daripada semua pegawai dan anggota PSMM ianya dapat mewujudkan hubungan yang erat dengan masyarakat serta dapat menyokong dan menambah kekuatan sumber manusia dalam tugas-tugas yang ditentukan oleh Maritim Malaysia sekaligus dapat memberi peluang kepada orang awam untuk memahami dengan lebih mendalam tentang peranan dan kerjaya Maritim Malaysia.

 

PSMM 2   PSMM 3   PSMM 5   PSMM 4