LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

 

KOTA KINABALU, 12 Januari - Peguam Negara Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi Haji Ali bersama isteri telah mengunjungi pulau-pulau yang berada di sekitar Kota Kinabalu pagi tadi.

Beliau bersama isteri telah diiringi oleh Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Haji Aziz untuk melawat Pulau Manukan bagi melawat pulau-pulau yang berdekatan serta melihat pusat pelancongan baru di kota kinabalu iaitu Borneo Reef World Kota Kinabalu.

Lawatan Peguam Negara ini sempena Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Komanwel Ke-23 (CSPOC 2016) yang diadakan di Kota Kinabalu yang telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.

 

Peguam 1  peguam 2

 

Oleh :

LK I (M) MOHAMAD SHAHIR BIN MOHD ARIFIN
Staff Perhubungan Awam DM 15 Kota Kinabalu