LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 6 Januari – Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Dato Haji Mamu bin Said Alee telah melancarkan Petunjuk Prestasi Utama /Key Performance Indicator 2016 (KPI) untuk Wilayah Maritim Timur (WILTIM).

Majlis ini telah disaksikan oleh Pengarah Operasi WILTIM, Laksamana Pertama Maritim Yusof bin Ali, Pengarah Pentadbiran dan Kewangan WILTIM, Puan Siti Muslihani binti Abddul Ghani dan pegawai-pegawai kanan WILTIM.

Ini merupakan penjajaran WILTIM sesuai dengan Arahan Ketua Pengarah APMM Bil 2/2014. Justeru itu, WILTIM telah mewujudkan Sistem Pengurusan Prestasi yang berteraskan kepada Sistem Pengukuran melalui KPI. Strategi pengukuran ini akan membolehkan WILTIM menilai secara holistic yang merangkumi penilaian kuantitatif dan kualitatif dan sentiasa dapat mengatasi sebarang cabaran.

Semua pelan tindak ini akan dijadikan sebagai Sasaran Kerja Tahunan individu berkenaan dan Setiap warga mempunyai peranan yang amat penting dalam meningkatkan pencapaian prestasi WILTIM.

1 2

 

Sumber : Unit Perhubungan Awam WILTIM