BENGKEL PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

LABUAN, 20 November – Bengkel Penyediaan Pelan Tindakan Bencana Peringkat Wilayah Perseketuan Labuan anjuran Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutuan Labuan telah dilaksanakan bertempat di The Pacific Sutera, Kota Kinabalu pada 17 hingga 19 November yang lalu.

Bengkel ini bertujuan membincangkan pelan tindakan tiga jenis bencana iaitu Bencana Tsunami, Bencana Udara dan Bencana Maritim yang melibatkan kehadiran dari Ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil dari jabatan di bawah JPBD WP Labuan.

Turut hadir ialah, Tn Hj Rithuan bin Hj Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Perbadanan WP Labuan merangkap Pengerusi JPBD WP Labuan, Datin Zakiah Syerina Balqis binti Taha, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Perbandaran Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan PPj.(PA) Mulliadi Al-Hamdi bin Ladin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA selaku penceramah, Pemangku Pengarah Zon Maritim Labuan, Komander Maritim Mohd Hafiz bin Abd Mutalib serta Timbalan Pengarah Pengurusan Zon Maritim Labuan, Puan Nadia binti Marzuki.

Bengkel ini turut menjadi medium peserta bertukar pandangan dan pendapat serta membincangkan isu-isu bencana agar pengurusan bencana disini ke arah penambahbaikan dan ditangani dengan lebih efektif sejajar dengan senario bencana negara.

 

LABUAN BENCANA 2   LABUAN BENCANA 3