LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 30 Disember - Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Akedemi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) tahun 1437H/2015M telah diadakan dengan jayanya pada 29 Disember lalu bertempat di Masjid Al-Mustaghfirin, AMSAS.

  Majlis ini diadakan bertujuan untuk melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW disamping mewujud dan menunjukkan sikap perpaduan serta bersatu padu umat islam dalam urusan keagamaan.

 Majlis ini turut disertai oleh pelatih asas pegawai, pelatih asas pegawai lain-lain pangkat dan  pegawai serta anggota yang berkhidmat di AMSAS.

 Aturcara majlis dimulai dengan para peserta mengambil bahagian dalam perarakan kontinjen yang bermula dari padang kawad AMSAS ke Masjid Al-Mustaghfirin dengan iringan alunan selawat.

 Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan dan Latihan AMSAS, YBhg. Laksamana Pertama Maritim Dato’ Taha bin Ibrahim dan beliau turut menyampaikan anugerah Maulidur Rasul kepada Laksamana Pertama (M) Mohd Amir bin Hj Hamzah diatas bakti dan jasa beliau bagi pembangunan dan kemajuan AMSAS selain mempunyai keperibadian dan sahsiah unggul yang mampu dijadikan contoh serta tauladan yang baik kepada semua warga AMSAS.

 Majlis sambutan ini diakhiri dengan ceramah khas bertajuk ‘Tanda-tanda Kiamat’ yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Shukri bin Mohamed @ Harun. 

  DSC 0910 350x232 DSC 0025 350x232 

Sumber:

Unit Perhubugan Awam AMSAS