29
Fri, Mar

BAWA HASIL LAUT SPESIES TERANCAM, DUA BOT PANCING DITAHAN MARITIM MALAYSIA

KUDAT, 29 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua bot pancing yang membawa muatan pelbagai hasil laut spesies terancam, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, dua bot berkenaan telah dikesan aset ronda daripada Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, KM IKHLAS ketika melaksanakan operasi sekitar pukul 12.35 petang di lokasi lebih kurang 58 batu nautika Barat Laut Simpang Mengayau, Kudat.

Pemeriksaan terhadap bot pertama mendapati, terdapat dua individu warga Filipina dan seorang warga Indonesia yang mengendalikan bot berkenaan berumur lingkungan 37 hingga 52 tahun.

Pemeriksaan lanjut menemui, sejumlah 35 karung berisi ikan buntal dianggarkan lebih kurang 630kg, kerang kering (kima) 76 karung dianggarkan seberat 1,368kg, penyu kering yang diisi di dalam karung berjumlah 39 karung dan 14 buah kotak dianggarkan seberat 865kg, siput kering (kahanga) dua karung anggaran 30kg, kuda laut satu karung anggaran enam kilogram, sirip ikan yu satu karung dan ikan beku (Maming Napoleon) enam kotak (satu kotak berisi 25 ekor).

Manakala sebuah lagi bot yang diperiksa didapati membawa muatan lebih kurang 2,100kg, kerang kering (Kima) dan Ikan Buntal kering anggaran sejumlah 375kg. Bot berkenaan dikendalikan oleh dua orang warga tempatan masing-masing berumur 50 dan 57 tahun serta seorang lagi warga Filipina berumur 45 tahun.

Susulan itu, kesemua suspek bersama bot dan barang rampasan ditahan dan dibawa ke jeti untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Kudat bagi tindakan selanjutnya. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan kira-kira RM 1.5 juta.

Kes disiasat dibawah Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008, Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997, Akta Perikanan 1985, Akta Kastam 1967, Akta Imigresen 1959/1963 kerana disyaki memiliki dokumen pengenalan diri meragukan serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002 dan Peraturan-peraturan Pelabuhan dan Dermaga 2008 awak-awak gagal menunjukan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Zon Maritim Kudat memohon kepada masyarakat khususnya komuniti maritim membantu pihak agensi dengan melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

KUDAT EXCOTIC 2
 
KUDAT EXOTIC 3
 
KUDAT EXOTIC 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON