16
Tue, Apr

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTIJEN APMM KE FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA @ KUALA LUMPUR 2023

PUTRAJAYA, 13 September – Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen dan taklimat Program Festival Permainan Malaysia (FPM) telah diadakan hari ini bertempat di Auditorium, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Aras 11 Putrajaya.

Seramai 50 orang ahli kontinjen mewakili Maritim Malaysia hadir dalam majlis ‘flag off’ sebelum mereka ke festival ini yang dianjurkan buat kali kelapan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Bin Ibrahim yang juga menjalankan tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia.

Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2023 bakal berlangsung dari 15 hingga 16 September bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur merupakan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) bersempena dengan Hari Malaysia tahun ini.

Kontijen Maritim Malaysia dianggotai seramai 80 peserta mewakili dalam pelbagai acara permainan tradisional antaranya bola sepak (kain pelikat), galah panjang, congkak, dam aji, kabaddi, memanah, sepak raga, batu seremban termasuk tarian mangunatip (tarian buluh) Sabah dan aktiviti menyumpit Sarawak.

Sama-samalah kita mendoakan kejayaan kontijen Maritim Malaysia ke Program Festival Permainan Malaysia tahun ini bagi membuktikan selain melindungi keselamatan perairan negara anggota Maritim Malaysia turut tidak lupa terhadap seni dan budaya kebangsaan agar sentiasa terpelihara.

 

IMG 0305
 
IMG 0309
 
IMG 0282
 
IMG 0292
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON