19
Fri, Apr

4,331 PENGUAT KUASA MARITIM MALAYSIA ZAHIRKAN ERTI PENGORBANAN

PUTRAJAYA, 26 Jun – Seramai 4,331 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menzahirkan erti pengorbanan apabila sanggup berjauhan dengan keluarga masing-masing demi menjaga keselamatan perairan negara sempena Aidiladha pada tahun ini.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, di samping 4,331 pegawai dan anggota, Maritim Malaysia turut mengaturgerak sejumlah 236 aset terdiri daripada 70 kapal, 166 bot dan 7 pesawat bagi melaksanakan rondaan dan pemantauan khususnya di kawasan perairan sempadan negara.

Tambah beliau, Maritim Malaysia mengoptimumkan tahap keselamatan maritim negara agar ia tidak dicerobohi dengan kemasukan Bot Nelayan Asing (BNA) dan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) selain turut membendung aktiviti jenayah seperti penyeludupan barangan kontraband dan manusia serta rompakan di laut daripada berlaku.

Jelas beliau lagi, melalui rondaan dan pemantauan yang dilaksanakan ini menunjukkan keseriusan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan maritim negara walaupun ketika rakyat Malaysia sedang meraikan sambutan perayaan.

Beliau dalam pada itu turut menggesa orang ramai agar membantu pihak Maritim Malaysia melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan agar kegiatan yang melanggar undang-undang di laut dapat dibendung sekaligus perairan Malaysia terus aman dan selamat.

Untuk rekod, sepanjang enam bulan pertama tahun 2023, Maritim Malaysia telah berjaya menahan 43 BNA, 50 aktiviti penyeludupan serta lain- lain tangkapan dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai hampir RM67 juta.

 

d9ec20999cf5761fd9ec20999cf5761fSIAPSIAGAAIDILADHA3
 
8b8d67ab5975c50b8b8d67ab5975c50bSIAPSIAGAADIDILADHA2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON