29
Fri, Mar

DUA BOT TUNDA LANGGAR SYARAT LESEN, GAJIKAN PATI DITAHAN

LUMUT, 27 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B pada posisi 7.5 batu nautika barat Pulau Pasir Hitam, Perak pada jam 11.07 pagi semalam. 
 
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, tangkapan berkenaan dilakukan oleh bot ronda Maritim Malaysia dalam OP PINTAS, OP SAYONG dan OP TIRIS di perairan berkenaan.
 
Pemeriksaan awal terhadap bot berkenaan mendapati, bot disyaki sedang melakukan aktiviti perikanan pukat tunda kurang 8 batu nautika dari muara sungai Pulau Pasir Hitam.
 
Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut mendapati bot dikendalikan oleh dua kru warga Myanmar termasuk tekong kedua-duanya berumur 38 tahun, tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.  
 
Dalam pada itu, Maritim Malaysia Negeri Perak juga telah menahan sebuah lagi bot nelayan tempatan kelas B atas kesalahan yang sama di posisi 4.5 batu nautika barat laut muara Sungai Perak pada 23 Jun.
 
Kesemua kru, bot serta hasil perikanan ditahan dan dibawa ke Jeti Perikanan, Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut. 
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dan Akta Imigresen 1959 / 63 kerana tinggal di Malaysia tanpa memiliki pas yang sah. 
 
Maritim Malaysia menasihatkan orang ramai agar mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan tidak akan berkompromi ke atas sebarang kesalahan  yang dilakukan.
 
Sebarang maklumat atau aduan mengenai kecemasan di laut serta jenayah maritim, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

BOT TUNDA MN PERAK 2

 
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON