23
Tue, Apr

AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA TERIMA PEMANGKUAN PANGKAT SEMBILAN PEGAWAI KANAN MARITIM

PUTRAJAYA, 23 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menerima pemangkuan pangkat sembilan Pegawai Kanan Maritim termasuk Penerbang Maritim dan satu majlis telah diadakan di Auditorium Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya dengan disaksikan oleh sebahagian besar warga secara bersemuka dan atas talian bagi peringkat negeri.

Majlis Pemakaian Pangkat Maritim telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dengan turut diiringi Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Khairul Anwar bin Bachok serta isteri-isteri penerima.

Mendahului senarai penerima pemangkuan pangkat ialah Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli bin Abdullah dan beliau ditempatkan bagi menerajui kempimpinan di Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya dengan pangkat Laksamana Muda Maritim gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C.

Diikuti senarai, empat pegawai kanan menerima pemangkuan pangkat daripada Kepten Maritim (Gred T22) kepada Laksamana Pertama Maritim (Gred T24). Mendahului senarai ialah Kepten Maritim Vincent a/l Rajamony sebagai Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS).

Kedua, Kepten Maritim Zulinda binti Haji Ramly sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan & Penyelarasan Maritim di Ibu Pejabat Putrajaya. Secara tidak langsung telah melakar sejarah di dalam perkhidmatan Maritim Malaysia di mana beliau menjadi pegawai kanan wanita pertama yang dinaikkan pangkat sebagai Laksamana Pertama Maritim.

Seterusnya ialah Kepten Maritim Hamizan bin Harun ditempatkan bagi menerajui Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Ibu Pejabat dan Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed ditempatkan bagi menerajui Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan sebagai Pengarah Maritim Negeri.

Manakala bagi senarai Penerbang Maritim, Ketua Stesen Udara Maritim Subang, Kepten Maritim Syed Islam bin Shahajam menerima pemangkuan pangkat kepada Laksamana Pertama Maritim seterusnya ditempatkan bagi menerajui Bahagian Operasi Udara Ibu Pejabat.

Terakhir mengikut senarai, tiga pegawai Penerbang Maritim menerima pemangkuan pangkat daripada Leftenan Komander Maritim (Gred T18) kepada Komander Maritim (Gred T20). Mereka ialah Leftenan Komander Maritim Mohd Rais bin Hj Othman, Leftenan Komander Maritim Ismail bin Mohamadon dan Leftenan Komander Maritim Anahar bin Mohd @ Yahya.

Seluruh Pengurusan Tertinggi dan Warga Maritim Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada kesemua Pegawai Kanan Maritim yang telah menerima pemangkuan pangkat tersebut.

 

PANGKAT PAKAI 6

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON