25
Thu, Apr

HKKM 2023 | MARITIM MALAYSIA SANTUNI WARGA SK PEKAN 1, LABUAN

LABUAN, 21 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Labuan telah menganjurkan program sesi bertemu mesra pelajar dan guru di Sekolah Kebangsaan Pekan 1, Labuan sempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) 2023.

Program dimulakan dengan persembahan gimik oleh pasukan Taktikal Zon Maritim Labuan, sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dewan guru dan murid-murid memberikan sorakan dan tepukan gemuruh.

Selesai persembahan gimik, program diteruskan dengan sesi taklimat penerangan keselamatan di laut dengan demonstrasi CARILAMAT atau Search and Rescue (SAR) oleh pegawai dari Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB).

Di samping itu terdapat reruai Maritim Malaysia yang mempamerkan peralatan komunikasi seperti Personal Locator Beacon (PLB), tatacara pemakaian jaket keselamatan, serta maklumat-maklumat lain mengenai Operasi CARILAMAT.

Seramai 65 pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang terdiri daripada pelbagai pangkat dan kepakaran telah terlibat dalam program ini bagi memberikan penerangan kepada 150 murid dan 20 guru yang berlangsung bermula jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Pelbagai aktiviti lain turut disusun antaranya, sesi soal jawab (Q&A) di mana pemenang boleh menerima T-Shirt Malaysia Coast Guard, berpeluang mengambil gambar bersama anggota serta pegawai dan mengenali dengan lebih dekat peranan anggota Maritim Malaysia.

Kemuncak program diserikan dengan persembahan pentomim bertajuk 'Aku yang Bersalah' yang dipersembahkan oleh murid-murid SK Pekan 1, Labuan dengan membawakan mesej mengenai kepentingan peralatan keselamatan sebelum turun ke laut.

Sebelum mengakhiri majlis, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pekan 1, Puan Anita Shyamini S. Azman telah menyerahkan cenderamata kenang-kenangan kepada Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten (M) Nudin Bin Jusoh sambil disaksikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Tuan Haji Sawal bin Hj Salleh dan warga Zon Maritim Labuan yang hadir.

 

HKKM LABUAN   HKKM LABUAN 3   HKKM LABUAN 5   HKKM LABUAN 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON