28
Thu, Mar

HKKM 2023 | MARITIM NEGERI SARAWAK ANJUR PROGRAM TINGKAT KESEDARAN KESELAMATAN

KUCHING, 19 Jun – Sempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) 2023, Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak telah melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan kesedaran keselamatan dengan menekankan aspek-aspek keselamatan sebelum dan semasa berada di laut dalam kalangan komuniti maritim terutamanya di negeri Sarawak.

Kempen HKKM 2023 peringkat Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak bermula pada 13 Jun lalu dengan taklimat keselamatan kepada komuniti nelayan di perairan kuching, selain penyerahan jaket keselamatan kepada nelayan di sekitar dan diedarkan juga pelekat keselamatan yang tertera nombor kecemasan MERS 999 serta talian telefon 24 jam bilik operasi Maritim Malaysia yang terdekat.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus berkata, bagi menyemarakkan lagi kempen HKKM pada tahun ini, Maritim Negeri Sarawak turut menyertai pameran kerjaya anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sarawak bersempena dengan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara ke- 96 pada 13 hingga 15 Jun yang lalu.

Pelajar-pelajar serta para pengunjung yang hadir diberikan penerangan berkenaan kempen HKKM dan taklimat kerjaya dalam Maritim Malaysia.

Hari ini juga turut berlangsung satu program sembang santai bersama Persatuan Nelayan Semariang Batu bertempat di Kalan Pak Suhai Semariang Batu, Kuching.

Antara agensi yang dijemput ialah Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS), Lembaga Sungai- sungai Sarawak dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak.

Di samping itu, dalam majlis tersebut menyaksikan penyerahan papan tanda pesanan keselamatan sebelum ke laut yang disumbangkan ikhlas daripada MKN Negeri Sarawak sempena HKKM 2023.

 

7e227bb3359e00bd7e227bb3359e00bdHKKMKUCHING5   891cadb551f78605891cadb551f78605HKKMKUCHING6   6841d6aa8c8633236841d6aa8c863323HKKMKUCHING3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON