28
Thu, Mar

HKKM 2023 | PROGRAM SAHABAT MARITIM BERSAMA KOMUNITI MARITIM NEGERI JOHOR

PONTIAN, 18 Jun – Sempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) 2023, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor telah melaksanakan Program Sahabat Maritim yang dinamakan 'Sembang Teh Tarik' bersama komuniti di Kampung Permas Besar, Kukup pada Ahad lalu.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata program santai bersama pihak nelayan ini merupakan usaha mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama di antara Maritim Malaysia dan komuniti maritim.

Program itu turut dihadiri oleh Pegawai Perikanan Negeri Johor yang turut serta dalam sesi dialog serta perkongsian mengenai kesedaran keselamatan bersama komuniti nelayan setempat.

Komuniti maritim negeri Johor khususnya pihak nelayan banyak membantu Maritim Negeri Johor dalam menyalurkan maklumat mengenai sebarang kecemasan atau jenayah di laut. Pihak nelayan juga banyak memberikan bantuan dalan operasi Carilamat yang dilaksanakan di seluruh perairan negeri Johor.

 

82be097d6ea8512182be097d6ea85121SEMBANGTEHTARIK3
 
 42f43bc0aeb56e4742f43bc0aeb56e47SEMBANGTEHTARIK2
 
70649099923d020270649099923d0202SEMBANGTEHTARIK4
 
 802c1aaf9afa192c802c1aaf9afa192cSEMBANGTEHTARIK5
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON