23
Tue, Apr

BOT FIBER TIDAK BERLESEN DITAHAN KETIKA BAWA KETAM HIDUP

PELABUHAN KLANG, 15 Mei – Agensi Penguatkasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah menahan sebuah bot fiber sekitar jam 12.41 tengahari semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, penahanan itu adalah hasil maklumat Area Control Centre (ACC) SWASLA Klang yang mengesan kedudukan bot mencurigakan kira-kira jam 11.05 pagi di sekitar Perairan Tanjung Gabang.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot fiber bewarna biru putih tanpa nombor pendaftaran itu dikendalikan oleh dua lelaki warga tempatan masing-masing berumur 42 dan 48 tahun.

Hasil pemeriksaan lanjut menemukan, 43 kotak gabus putih mengandungi ketam dianggarkan berharga RM 9,000 yang diletakkan di dalam bot.

Siasatan awal ke atas kru bot mendapati, mereka membeli ketam dari Pulau Ketam dan ingin menuju ke Tanjung Gabang.

Kesemua barangan beserta bot dan kru ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana disyaki melakukan kesalahan beroperasi tanpa lesen bot yang sah dan di bawah Akta Perikanan 1985.

Maritim Malaysia memandang serius sebarang salah laku di laut dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan aktiviti jenayah di sepanjang Zon Maritim Malaysia.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2023 05 15 at 10.36.56 
 
 WhatsApp Image 2023 05 15 at 10.37.05
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON