28
Thu, Mar

CARILAMAT | MANGSA LEMAS DI PANTAI PELIAU DITEMUI

MIRI, 7 Mei – Zon Maritim Miri telah melaksanakan bantuan mencari dan menyelamat (SAR) kepada mangsa yang hilang di Pantai Peliau, Bekenu semalam.

Operasi SAR tersebut telah diaktifkan pada pukul 7.20 malam dan turut dibantu oleh agensi-agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Bot KILAT 41 telah diatur gerak ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie Bin Hj Paing berkata mangsa yang dikenali Syarizan Amani bin Sapawi berusia 17 tahun telah ditemukan oleh orang kampung di lokasi 20 meter pesisir pantai dari lokasi terakhir insiden mangsa dilaporkan hilang.

Keluarga mangsa telah membuat pengecaman terhadap mayat yang dijumpai dan mengesahkan identiti mangsa yang dicari oleh pasukan penyelamat.

Pegawai kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah tiba di Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) untuk melakukan pemeriksaan dan pengesahan kematian mangsa sebelum pihak waris menuntut mangsa untuk proses pengkebumian.

Menurut saksi, mangsa kali terakhir dilihat sedang bermandi-manda di pantai tersebut sebelum disyaki lemas. Operasi SAR ditamatkan pada pukul 10.30 pagi tadi.

Maritim Malaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika melakukan sebarang aktiviti di laut dan melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus melalui talian Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Miri ditalian 085-418204 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak 082-432544/ 082-432016 yang beroperasi 24 jam.

 

MIRI SAR 2   MIRI SAR 3   MIRI SAR 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON