25
Thu, Apr

29 ANGGOTA PASUKAN SUKARELAWAN MARITIM MALAYSIA (PSMM) MARITIM NEGERI JOHOR TERIMA SURAT AKUAN KEANGGOTAAN

JOHOR BAHRU, 11 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, melalui Maritim Negeri Johor telah melaksanakan Majlis Penganugerahan Surat Keanggotaan PSMM dan taklimat pengenalan terhadap agensi kepada PSMM yang telah dilantik di Maritim Negeri Johor.

Majlis disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamanaa Pertama (M) Nurul Hizam bin Zakaria dengan diiringi Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten (M) Simon Templer ak Tusa.

Pengambilan PSMM Maritim Johor telah dilaksanakan dengan melalui proses ujian fizikal dan 29 orang telah dipilih. Maritim Negeri Johor dipilih sebagai penyelaras bagi menjalankan latihan asas serta latihan lain yang membabitkan teori seperti peranan dan tugas Maritim Malaysia, pengenalan undang-undang Akta 633, penggeledahan, tali temali, latihan kawad, kemahiran menembak, ilmu kelautan dan latihan renang.

Penubuhan Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM) amat penting bagi menyokong serta menambah kekuatan sumber manusia dalam tugas-tugas yang ditentukan oleh Maritim Malaysia.

Selain daripada itu, PSMM juga memberi peluang kepada orang awam untuk memahami dengan lebih mendalam akan kerjaya Maritim Malaysia sekaligus mewujudkan hubungan erat dengan masyarakat setempat. Ia bukan sahaja memberi ruang bagi mengeratkan hubungan di antara Maritim Malaysia dan masyarakat malahan masyarakat akan turut menjiwai kehidupan sebagai seorang anggota penguatkuasa Maritim Malaysia.

Matlamat penubuhan PSMM merupakan usaha strategik untuk mentransformasikan Maritim Malaysia dalam memastikan visi Agensi untuk menjadi antara agensi penguatkuasaan maritim yang terbaik di dunia dicapai dengan jayanya yang mana ianya sebagai sumber sokongan modal insan dalam membantu agensi melaksanakan tugas.


WhatsApp Image 2023 04 11 at 2.45.39 PM   WhatsApp Image 2023 04 11 at 2.45.41 PM      
 WhatsApp Image 2023 04 11 at 2.45.39 PM 2   WhatsApp Image 2023 04 11 at 2.45.38 PM      
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON