19
Fri, Apr

SEBUAH BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN KERANA MENANGKAP IKAN DI ZON LARANGAN

BINTULU, 1 April – Zon Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot nelayan tempatan yang sedang leka melakukan aktiviti penangkapan ikan di luar zon yang dibenarkan iaitu pada jarak lebih kurang 9.6 batu nautika dari Simalajau sekitar pukul 9.00 pagi, semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, bot samaran yang ditugaskan membuat pemantauan di kawasan yang menjadi hotspot bot-bot nelayan melakukan aktiviti menangkap ikan telah mengesan bot terbabit sedang menunda dalam keadaan yang mencurigakan.

Hasil pemeriksaan mendapati, berdasarkan kepada syarat yang ditetapkan di dalam Buku Lesen, jarak yang dibenarkan daripada pantai adalah 12 batu nautika.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong warga tempatan dan lima orang kru warga Indonesia.

Seorang kru yang ditahan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah manakala empat yang lain disyaki menyalahgunakan pass/permit yang telah diberikan. Kesemua kru yang ditahan berumur dalam lingkungan 28 hingga 56 tahun.

Muatan hasil laut seperti ikan campur berjumlah lebih kurang 300 kilogram yang dipercayai baru ditangkap berjaya disita bersama-sama dengan vesel, peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM500 ribu.

Kesemua kru beserta bot nelayan ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana telah melanggar syarat sah lesen dengan melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan yang mana boleh dikenakan kompaun daripada Jabatan Perikanan Malaysia.

Komuniti maritim turut diminta untuk melaporkan segera sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun kemalangan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254)/ Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam.

 

ZON MARITIM BINTULU   ZON MARITIM BINTULU 2   ZON MARITIM BINTULU 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON