KOTA KINABALU, 29 Mac – Maritim Negeri Sabah telah mengadakan Program Kongsi Rezeki bersama komuniti setempat anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim Negeri Sabah.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Hj Mohd Rosli bin Abdullah menyatakan program ini diadakan khusus sempena bulan puasa serta mengimarahkan bulan Ramadan.
Untuk Program Kongsi Rezeki ini, warga Maritim Negeri Sabah telah menyediakan sebanyak 600 bungkus Bubur Lambuk dengan kerjasama pihak ADABI Sabah.
Agihan Bubur Lambuk ini telah disampaikan kepada warga Maritim Negeri Sabah, Masjid Nurul Hikmah, Masjid BOMBA dan Surau Bandar Sierra.