20
Sat, Apr

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PATI MASUK MALAYSIA SECARA HARAM

KOTA TINGGI, 29 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Tanjung Sedili berjaya menahan sebuah bot gentian kaca dan lima lelaki disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana memasuki perairan negara secara haram di perairan Tanjung Bulat awal pagi tadi.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib bin Sam berkata, hasil maklumat awam yang diterima, aset Maritim Malaysia bergegas ke lokasi dan berjaya memintas bot itu.

Bot seterusnya berjaya ditahan sekitar jam 5.00 pagi di kedudukan 0.3 batu nautika timur Tanjung Bulat.

Pemeriksaan ke atas bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran tersebut menggunakan enjin jenis Yamaha 40 kuasa kuda dan terdapat seramai lima lelaki warga Indonesia berumur antara 23 hingga 53 tahun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Bot dan kesemua PATI seterusnya ditahan untuk disiasat di bawah Akta Imigresen 1959 / 63 serta Akta Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 iaitu cuba keluar atau masuk Malaysia melalui pintu yang tidak diwartakan dan menjalankan aktiviti penyeludupan migran yang mana jika didapati bersalah suspek boleh didenda tidak melebihi RM 250 ribu atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Maritim Malaysia menegaskan dan menasihati warga Indonesia yang ingin datang ke Malaysia atau pulang ke kampung halaman terutamanya pada musim perayaan supaya menggunakan laluan yang sah (mengikut undang-undang) tanpa perlu menggadai nyawa.

Maritim Malaysia juga sentiasa serius dalam menangani jenayah dan keselamatan perairan negara. Rondaan dan penguatkuasaan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi membanteras aktiviti penyeludupan migran yang menggunakan laluan laut sebagai jalan masuk dan keluar terutamanya menjelang musim perayaan yang bakal tiba.

Orang ramai khasnya komuniti maritim yang mempunyai sebarang maklumat mengenai jenayah atau kemalangan di laut sila laporkan segera di talian 07 - 8916591 Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Sedili.

 

WhatsApp Image 2023 03 30 at 10.22.36 1

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON