20
Sat, Apr

TANGKAPAN IKAN DI LUAR ZON YANG DIBENARKAN, BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN

TANJUNG MANIS, 28 MAC – Zon Maritim Tanjung Manis telah menahan sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki menjalankan aktiviti menangkap ikan di luar zon yang dibenarkan iaitu pada jarak lebih kurang 9.6 batu nautika dari Tanjung Sirik, Daro lebih kurang jam 1.25 petang, semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Anak Numpang berkata, lebih kurang jam 12.15 tengahari, aset Maritim Malaysia Bot PETIR 82 ketika melaksanakan operasi pemantauan berdekatan dengan perairan tersebut telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan kelas C dalam keadaan mencurigakan disyaki sedang leka melakukan aktiviti penangkapan ikan dengan menggunakan pukat tunda lebih kurang tiga batu nautika dari bot PETIR 82.

Hasil penggeledahan mendapati bot berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong warga tempatan, tiga kru warga tempatan dan dua kru warga Indonesia dalam lingkungan umur 17 hingga 51 tahun.

Kesemua kru dan hasil tangkapan ikan campur yang dianggarkan lebih kurang 2,500 kilogram beserta bot nelayan ditahan dan diiring masuk ke Jeti Terminal Tanjung Manis untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana telah melanggar syarat sah lesen dengan melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan yang mana boleh dikenakan kompaun daripada Jabatan Perikanan Malaysia.

 

TANJUNG MANIS

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON