19
Fri, Apr

MERSING, 20 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), melalui Zon Maritim Mersing, telah menghadiri sambutan Hari Polis Ke – 216 di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Mersing sempena memperingati jasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menabur bakti kepada negara pada jam 8.00 pagi tadi.

Sambutan Hari Polis Ke - 216 ini diserikan dengan kehadiran Yang Dihormati Superintenden Polis, Abdul Razak Bin Abdullah Sani, Ketua Polis Daerah Mersing, Yang Dihormati Deputi Superintenden Polis, Sharif Shai bin Sharif Mondoi, Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing, Ketua-ketua jabatan daerah Mersing, Ketua Balai, Pegawai Kanan, dan pegawai-pegawai awam yang lain.

Majlis dimulakan dengan istiadat perbarisan kehormat dan disusuli dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku, dan Sang Saka Biru sebagai pembakar semangat kepada semua anggota beruniform dan pegawai - pegawai kanan yang hadir.

Seterusnya kemudian diikuti dengan ucapan amanat Ketua Polis Negara yang disampaikan oleh Yang Dihormati Superintenden Polis, Abdul Razak Bin Abdullah Sani, Ketua Polis Daerah Mersing.

Hari memperingati Hari Polis Ke - 216 ini dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Bin Saadin, Kolonel Zorkeflee bin Hassan, wakil Panglima 21 Gerup Gerak Khas (GGK) Kem Iskandar, Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Norman bin Noh, Ketua penolong Pegawai Daerah Mersing, Zairul Adila bn Hj. Zani, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Mersing, Faizal bin Mohamad, dan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mersing, Kapten Nur Najibah binti Abdullah.

Upacara diakhiri dengan nyanyian lagu “Polis Sedia Berkhidmat” dan jamuan makan.

Maritim Malaysia berterima kasih dan amat berbesar hati kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Mersing, jabatan jabatan daerah Mersing, dan masyarakat setempat yang memberi kerjasama dalam memastikan keamanan dan keselamatan perairan Mersing.

 

 WhatsApp Image 2023 03 20 at 1.18.25 PM WhatsApp Image 2023 03 20 at 1.20.59 PM 1
 WhatsApp Image 2023 03 20 at 1.20.59 PM  
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON