28
Thu, Mar

KUNJUNGAN HORMAT LAKSAMANA MARITIM DATO’ MOHD ZUBIL BIN MAT SOM KE ATAS KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSN)

PUTRAJAYA, 7 Mac - Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali di pejabatnya di Putrajaya pada jam 9 pagi tadi.

Tujuan pertemuan itu diadakan adalah sebagai kunjungan hormat sempena persaraan Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil pada 17 Mac depan. Beliau telah meluangkan masa hampir satu jam di pejabat Ketua Setiausaha Negara untuk bertanya khabar Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali dan menandatangani buku pelawat.

Di akhir pertemuan, kedua-dua pemimpin mengambil gambar dan bertukar-tukar cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.

Untuk rekod, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som telah memulakan perkhidmatan di Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 1 Mei 1981 dan telah ditukar lantik ke dalam perkhidmatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia pada 1 Februari 2006.

Tempoh perkhidmatan Dato’ Mohd Zubil di TLDM adalah selama 24 tahun sembilan bulan dan di APMM selama 17 tahun 1 bulan.

WhatsApp Image 2023 03 07 at 12.47.32   WhatsApp Image 2023 03 07 at 12.47.34   WhatsApp Image 2023 03 07 at 12.47.35 1
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON