25
Thu, Apr

MEDEVAC | BANTUAN MENGAMBIL SEORANG KRU BOT NELAYAN TEMPATAN TERCEDERA

KUALA KURAU, 3 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau telah melaksanakan Medical Evacuation (MEDEVAC) ke atas seorang tekong warga Thailand yang cedera parah di bahagian tangannya pada kedudukan 15.9 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau, Perak sekitar jam 9.10 malam pada 2 Mac lalu. 
 
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata, Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau telah menerima aduan melalui panggilan telefon daripada Jabatan Perikanan Daerah Taiping berkenaan seorang tekong bot nelayan tempatan kelas ‘C’ bernombor pendaftaran PKFA 8133 warga Thailand yang cedera di tangan ketika menangkap ikan di perairan Kuala Kurau.
 
Bertindak atas maklumat, pasukan bot peronda Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi untuk tindakan lanjut.
 
Setiba di lokasi, mangsa Channarong Jankaew, 57, disahkan cedera parah di bahagian tangan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kuala Kurau dengan menaiki bot KILAT 30 sebelum dibawa ke Hospital Parit Buntar menaiki ambulan untuk rawatan lanjut. 
 
Menurut pemilik bot, tangan tekong tersepit pada mesin secara tidak sengaja ketika dia sedang mengoperasikan mesin penggulung pukat menyebabkan luka dan berdarah.
 
MEDEVAC ditamatkan pada jam sekitar 12.01 pagi. 
 
Maritim Malaysia ingin menzahirkan penghargaan kepada semua agensi sahabat dan komuniti nelayan setempat yang terlibat bagi menjayakan MEDEVAC ini. 
 
Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkannya kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.
 
WhatsApp Image 2023 03 02 at 16.13.33 1   WhatsApp Image 2023 03 02 at 16.13.33 2
     
WhatsApp Image 2023 03 02 at 16.13.33 4   WhatsApp Image 2023 03 02 at 16.13.33 3
 
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON