16
Tue, Apr

PROGRAM SAHABAT MARITIM DEKATI KOMUNITI NELAYAN KAMPUNG LABOHAN BILIS

LUMUT, 12 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menerusi program Sahabat Maritim telah mendekati masyarakat secara mesra di perkampungan nelayan, pagi tadi.  
Kali ini bersama penduduk kampung Labohan Bilis, Teluk Senangin, Perak.
Program anjuran Maritim Negeri Perak ini bermula seawal jam 8.30 pagi dirasmikan oleh Pengarah Maritim Negeri Perak, kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup, diiringi Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Komander Maritim Fadzliana Fadzil.
Objektif program ini adalah bagi memupuk kesedaran keselamatan di laut serta menjadi platform perbincangan mengenai isu komuniti nelayan setempat. 
Selain itu, ia dapat merapatkan hubungan silaturrahim di antara pihak berkuasa dengan penduduk setempat secara tidak langsung memberi penekanan terhadap penguatkuasaan maritim. 
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan bola tampar pantai, aktiviti mewarna untuk kanak-kanak, penyerahan sumbangan kotak makanan, sukaneka dan pertandingan tarik tali di antara pasukan Maritim Negeri Perak dan penduduk.
Majlis ini turut dihadiri Penghulu Kampung Labohan Bilis, Encik Sabdin bin Idris, Imam masjid Arfiah Kampung Batu 3 Segari, Ustaz Haji Yusuf bin Haji Harun, Pengerusi Kampung Labohan Bilis, Encik Safie bin Mohamad Akhir, Pengerusi Persatuan Chalet Teluk Senangin, Encik Yahaya bin Mat Jani serta wakil Penyelaras program Encik Zulkifli bin Md Isa.
Di akhir program, penduduk berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah serta menikmati jamuan ringan dan sesi bergambar. 
Majlis berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari.
WhatsApp Image 2022 11 12 at 20.00.53  WhatsApp Image 2022 11 12 at 20.00.53 1    WhatsApp Image 2022 11 12 at 20.00.53 2    WhatsApp Image 2022 11 12 at 20.00.53 3  
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON