KUALA TERENGGANU, 26 Jun- Agensi Penguat Kuasaan Maritim Malaysia Daerah Maritim 9 (DM9) sedia bekerjasama dengan nelayan melalui satu jawatankuasa bertindak bagi mengatasi masalah pencerobohan nelayan asing di negeri ini.

Ketua Penguat Kuasa Daerah, Kepten Maritim Xavier Thevadas berkata, perkara yang dicadangkan oleh salah seorang nelayan pada sesi Dialog bersama Nelayan Terengganu itu dilihat dapat membantu dalam usaha menghadapi cabaran di laut.

“Jawatankuasa bertindak antaranya APMM yang akan menjadi peneraju dengan persatuan nelayan dan agensi – agensi lain seperti JabatanLlaut. Ini adalah satu langkah kerjasama, maknanya kita terima cadangan mereka.”

Terdahulu, seorang nelayan mencadangkan satu jawatan kuasa bertindak dibentuk dalam membasmi isu pencerobohan nelayan asing ke perairan negeri ini yang masih berlaku sehingga menjejaskan pendapatan nelayan tempatan.

Melalui sesi itu pihak APMM turut menerima banyak aduan dan ketidakpuasan hati nelayan mengenai pencerobohan nelayan asing sehingga ada pihak menyalahkan APMM tidak menjalankan tugas sebaiknya serta mengamalkan ‘double standard’ dengan melepaskan orang tertentu yang melakukan kesalahan.

Menafikan perkara itu Kepten (M) Xavier Thevadas menjelaskan APMM sentiasa menjalankan tugas sewajarnya dalam memastikan keselamatan serta mengenakan tindakan undang-undang kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan di perairan negeri ini.

 

IMG 3020 IMG 3017
   

Sumber/Foto: LK I (M) Mohd Hisham Bin Surat

                       Staf Perhubungan Awam WILTIM DM9 Kuala Terengganu