S1 Bagaimanakah cara saya boleh menyertai APMM?
J1 Pengambilan Pegawai Penguatkuasa Maritim dan Pegawai Lain-lain Pangkat Penguatkuasa Maritim adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Calon-calon yang berminat boleh mengisi Borang SPA8i melalui laman web http://www.spa.gov.my untuk permohonan jawatan (sepanjang masa). APMM tidak membuat pengambilan secara terus.  Pengambilan adalah di bawah tanggungjawab SPA sepenuhnya.
   
S2 Apakah peranan utama APMM?
J2 Peranan utama APMM adalah seperti yang terkandung di dalam misi agensi iaitu untuk Menguatkuasakan undang-undang serta menyelamat nyawa dan harta benda di laut bagi memastikan kesejahteraan perairan negara.
   
S3 Apakah kawasan perairan yang berada di bawah pengawasan APMM?
J3 Kawasan yang berada di bawah pengawasan APMM adalah di dalam Zon Maritim Malaysia.
   
S4 Di manakah Wilayah APMM berada di Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak?
J4 APMM mempunyai 5 pejabat Wilayah iaitu di Utara (meliputi Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang), Timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan), Selatan (Selangor, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan), Sarawak dan Sabah.  APMM juga mempunyai pejabat daerah dan pangkalan-pangkalan di lokasi tertentu di seluruh persisiran pantai Malaysia.
   
S5 Bagaimana untuk menghubungi pejabat Wilayah APMM?
J5 Wilayah APMM boleh dihubungi mengikut maklumat seperti di berikutsila klik di sini.
   
S6 Apakah Piagam Pelanggan bagi APMM?
J6 Sila klik di sini untuk melihat Piagam Pelanggan APMM.
   
S7 Ada berapa jenis kapal yang dimiliki oleh agensi ini?
J7 APMM mempunyai 10 jenis kapal dan bot iaitu Kelas Marlin, Kelas Sipadan, Kelas Langkawi, Kelas Malawali, Kelas Gagah, Kelas Penggalang, Kelas Peninjau, Kelas Pelindung, Kelas Penyelamat dan Kelas Kilat.
   
S8 Apakah sistem pangkat yang dipakai oleh APMM?
J8 Sistem pangkat APMM dikelaskan mengikut jenis pegawai iaitu Laksamana Maritim, Laksamana Madya Maritim, Laksamana Muda Maritim, Laksamana Pertama, Kepten Maritim, Komander Maritim, Leftenan Komander Maritim, Leftenan Maritim, Leftenan Madya Maritim, Leftenan Muda Maritim, Pegawai Waran I, Pegawai Waran II, Bintara Kanan, Bintara Muda, Laskar Kanan, Laskar Kelas I, Laskar Kelas II.
   
S9 Mengapakah APMM ditubuhkan?
J9 Sebelum penubuhan APMM, terdapat 8 buah agensi maritim yang melaksanakan penguatkuasaan lebih daripada 100 undang-undang persekutuan, perjanjian dan peraturan.  Lapan agensi ini adalah TLDM, TUDM, Polis Marin, KDRM, Jabatan Laut, Jabatan Perikanan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen.  Bagi mengatasi pertindihan fungsi, bidang kuasa, kawasan operasi dan pembaziran kegunaan sumber, maka APMM ditubuhkan.  Disamping itu, tugas koordinasi penguatkuasaan di laut dapat ditingkatkan.
   
 S10 Adakah Pengurusan APMM Mengambil Bekas Tentera Laut Secara Lantikan Kontrak Sekarang?
 J10 Ketika ini, pelawaan dibuka kepada Bekas/Pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)/Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengisi jawatan secara lantikan kontrak jawatan-jawatan seperti berikut: 1. Leftenan Komander Maritim Gred X20 2. Leftenan Maritim Gred X17 Syarat-syarat permohonan: Mempunyai pangkat yang setara dengan jawatan di atas sebelum bersara atau tamat tempoh perkhidmatan tauliah jangka pendek. Mempunyai markah 80% ke atas bagi LNPT tiga tahun berturut-turut sebelum bersara/tamat perkhidmatan. Bebas daripada tindakan tatatertib. Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang siasatan dan pendakwaan, Pegawai Pemerintah Kapal atau juruterbang/Pelatih Juruterbang (Helikopter).
   
 S11 Apakah Jawatan yang ditawarkan dalam Maritim Malaysia dan tangga gaji yang ditawarkan?
 J11 Sila klik di sini untuk melihat lebih Lanjut Jawatan yang ditawarkan beserta tangga gaji :
1) Leftenan Maritim Gred X17 - http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Ijazah/1198
2) Leftenan Muda Maritim Gred X13 - http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Diploma/3340
3) Laskar Kelas II Maritim Gred X1 - http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/3198 
   
 S12 Apakah peranan dan  tanggungjawab Maritim Malaysia ?
 J12 Antara peranan dan tanggungjawab Agensi ini adalah :
i.    Menguatkuasa undang2 dan ketenteraman Persekutuan 
ii.   Mencari dan menyelamat 
iii.  Mencegah perlakuan jenayah 
iv.  Membantu pasukan keselamatan lain dlm membenteras jenayah 
v.   Menjalankan pengawasan udara dan pantai 
vi.  Menyediakan perkhidmatan pelantar dan sokongan kepada agensi yg memerlukan 
vii. Menubuh dan menguruskan institusi maritim bagi latihan pegawai maritim 
viii.Pencegahan pencemaran maritim 
ix.  Pencegahan dan penyekatan perlanunan 
x.   Pencegahan dan penyekatan pengedaran dadah
   
 S13 Apakah Strategi Maritim Malaysia untuk mencapai Visi APPM iaitu menjadi Agensi Maritim Terbaik Di Dunia ? 
 J13 Maritim Malaysia mengimplementasi strategi berikut kearah mencapai visi menjadi antara agensi maritim yang terbaik didunia :
i.   Maritime Domain Awareness 
ii.  Visible Deterence 
iii. Swift responce 
iv. Ever present 
v.  Forward reaching 
vi. Maritime community cooperation
   
 S14 Di manakah Kawasan Pentadbiran dan Tanggungjawab Maritim Malaysia 
 J14 Kawasan tanggungjawab maritim Agensi di bahagikan kepada 5 wilayah iaitu Utara, Selatan, Timur, Sarawak dan Sabah. Seterusnya dibahagikan lagi kepada 18 daerah maritim iaitu DM1 hingga DM18. Untuk memantapkan lagi perintah kawalan dan keberkesanan fungsi dan tugas, kawasan daerah maritim tersebut diletak di bawah Wilayah Maritim masing-masing.

i.  Wilayah Maritim Utara : DM1, DM2 dan DM3 
ii. Wilayah Maritim Selatan : DM4, DM5, DM6 dan DM7 
iii.Wilayah Maritim Timur : DM8, DM9 dan DM10 
iv.Wilayah Maritim Sarawak : DM11, DM12 dan DM13 
v. Wilayah Maritim Sabah : DM14, DM15 dan DM16, DM17, DM18

 


Vinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo Slider
Mengenai Kami