KOTA KINABALU, 19 Julai - Maritim Malaysia Daerah Maritim 15 Kota Kinabalu (DM15) telah berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan yang melanggar syarat sah lesen kerana menarik pukat kurang tiga batu nautika di perairan Pulau Mantanani awal pagi semalam.

Dalam kejadian awal pagi semalam, Kapal Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan telah mendapat laporan awal yang mengatakan terdapat beberapa buah bot nelayan sedang menarik pukat berdekatan dengan Pulau Mantanani. Dengan segera kapal ronda Maritim Malaysia telah bergegas ke lokasi berkenaan dan telah menahan untuk tindakan selanjutnya.

Ini membuktikan walaupun dalam bulan puasa Maritim Malaysia tetap melakukan tugas penguatkuasaan dan operasi seperti biasa bagi mencegah sebarang salah laku atau kegiatan jenayah di laut.

tangkapan1 19.7  tangkapan2 19.7

Sumber : Staf Perhubungan Awam DM15 Kota Kinabalu, WILSAB

Oleh : LK I (M) Mohamad Shahir Mohd Arifin

 


Vinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo Slider