PULAU PINANG, 28 Oktober - Kapal Peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang telah berjaya menahan sebuah bot nelayan pukat tunda tempatan Kelas B kerana disyaki menceroboh kawasan menangkap ikan Zon A di bawah 5 batu nautika (bn) dari pantai.

Bot yang bernombor pendaftaran  PKFB 202 yang berpangkalan di Batu Maung Pulau Pinang telah ditahan pada 20  Oktober lalu di sekitar jam 6 petang  ketika sedang menunda pukat tunda di sekitar 3.6 batu nautika dari Pulau Kendi.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kepten Maritim Kamaruszaman bin Abu Hassan memaklumkan bahawa bot tersebut telah ditahan dan dibawa ke Jeti Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung manakala seorang tekong dan 3 awak-awak warga tempatan telah ditahan untuk siasatan lanjut. Maklumat yang diperolehi dari Buku Lesen vesel tersebut di dapati vesel pernah dikompaun atas kesalahan yang sama.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 atas kesalahan melanggar syarat lesen menangkap ikan kurang daripada 5 batu nautika dari darat dan empunya vesel tidak mengusahakan sendiri. Kesalahan boleh dikompaunkan dan lesen  boleh digantung jika disabit kesalahan," katanya.

Kepten Maritim Kamaruszaman bin Abu Hassan menegaskan aktiviti pencerobohan bot pukat tunda di perairan Pulau Pinang adalah terkawal dan Maritim Malaysia Pulau Pinang memandang serius aktiviti pencerobohan bot pukat tunda oleh bot nelayan Kelas B yang menyalahi syarat lesen perikanan. Kegiatan pencerobohan bot pukat tunda bawah 5 batu nautika dari pantai akan  menjejaskan sumber pendapatan nelayan pantai dan sekiranya tidak ditangani sumber perikanan akan ketandusan.

Kerjasama dari semua pihak termasuk persatuan nelayan kawasan dan komuniti nelayan serta semua pengusaha bot nelayan Pulau Pinang adalah penting bagi membendung aktiviti perikanan yang menyalahi undang-undang. Agensi ini amat mengalu-alukan sebarang maklumat pencerobohan dengan cepat dan tepat kepada Maritim Malaysia supaya tindakan segera dan lebih berkesan dapat diambil.

     32Tangkapan20HBOkt13           43Tangkapan20HBOkt13

Sumber : Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim 2 Pulau Pinang

Oleh : LK I (M) Mohd Zulhilmi Othman


Vinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo Slider