Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah sebuah agensi keselamatan yang ditubuhkan untuk menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan Zon Maritim Malaysia. Agensi juga bertanggungjawab mengkoordinasi tugas mencari dan menyelamat maritim.

Selaras dengan fungsi yang ditetapkan, kami berjanji akan memberikan perkhidmatan dan perlaksanaan berikut :

  • Sekurang-kurangnya 7 vesel beroperasi di laut pada setiap hari di setiap Wilayah Maritim;
  • Menggerakkan aset tersedia dalam tempoh 30 minit daripada penerimaan aduan atau permohonan bantuan;
  • Berada di lokasi dalam masa 2 jam selepas menerima panggilan kecemasan maritim;
  • Memberi laporan status penyiasatan kesalahan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan permintaan; dan
  • Memberi maklum balas aduan awam dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.
 

Vinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo Slider
Mengenai Kami