KLANG, 6 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim Klang (DM4) telah melaksanakan OPS REDBACK 1/2014 bagi mengekang aktiviti penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bermula dari 2 Jun dan berakhir semalam. Operasi ini telah diadakan serentak 3 daerah iaitu di Pulau Langkawi, Lumut dan Klang. 

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Klang, Kepten Maritim Mohd Aliyas bin Hamdan berkata, “operasi ini diadakan adalah bertujuan untuk mengekang aktiviti berkaitan dengan ATIPSOM yang berlaku dalam kawasan perairan negeri Selangor. Kawasan operasi meliputi seluruh kawasan perairan negeri Selangor yang bermula dari Kuala Sungai Bernam hingga Kuala Sepang Besar”.

Tegasnya lagi, “Operasi ini telah melibatkan 2 buah kapal dan 3 buah bot dengan kekuatan anggota seramai lebih kurang 60 orang, yang mana aset-aset dan anggota telah dibahagi kepada dua iaitu masing-masing di kawasan utara dan selatan untuk melaksanakan pemeriksaan dalam operasi ini”. Beliau juga menegaskan bahawa, “pihak Maritim Malaysia tidak akan sekali-kali berkompromi dengan  mana-mana PATI yang tidak mempunyai dokumen lengkap semasa pemeriksaan dijalankan kerana tempoh serta peluang yang telah diberi oleh Jabatan Imigresen Malaysia kepada majikan untuk mendaftarkan pekerja mereka supaya mempunyai dokumen yang sah bagi meneruskan pekerjaan mereka di negara ini”.

Tambahnya lagi,  “sepanjang OPS REDBACK dijalankan, sebanyak  38 buah bot nelayan telah diperiksa dan 4 buah berjaya ditahan atas sebab kesalahan tidak mempunyai dokumen yang sah serta tiada kebenaran menggaji pekerja warga asing”.

Operasi ini akan dijalankan secara berterusan bagi mengekang serta membendung aktiviti penyeludupan migran agar dapat mengurangkan kemasukan PATI ke Negara ini.

Redback 1 Redback 2

Sumber : LK (M) Mohd Zuhri Bin Mat Akhir

Staf Unit Perhubungan Awam DM Klang


Vinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo Slider
Arkib APMM