LABUAN, 13 Nov – Daerah Maritim Labuan (DM14) telah menganjurkan Program Hari Keluarga di Taman Damai, Layang-Layangan, Labuan pada Sabtu lalu yang dirasmikan oleh Ketua Penguat Kkasa DM 14, Komander Maritim Che Adnan Md Isa. Majlis telah mendapat sambutan baik dengan kehadiran yang amat menggalakkan dari warga maritim di sini bersama keluarga.
 
Majlis bermula seawal jam 7.30 pagi dengan ucapan perasmian dan kata-kata aluan daripada Ketua Penguat Kuasa DM 14 dan disusuli dengan bacaan doa oleh Laskar Kanan Maritim Azman Abdullah. Acara dimulakan dengan senam robik yang diketuai oleh Laskar Kanan Maritim Saripuddin Lasirata dan diikuti dengan acara sukaneka pertama iaitu acara 'goyang inul', yang telah dimenangi oleh Penolong Akauntan Daerah, Encik Antony Buijin. Tempat kedua dimenangi oleh Leftenan Maritim Mohd Zul Fahmi Mohamad, dan tempat ketiga Laskar Kanan Karim Salleh.
 
Acara sukaneka bagi kanak-kanak bawah 9 tahun dan bawah 12 tahun juga  diadakan bagi memeriahkan lagi majlis. Antara acara yang berlangsung ialah 'tiup belon sampai pecah', 'mencari gula-gula dalam tepung', 'bola beracun' dan 'gula-gulaku sayang' bagi kanak-kanak bawah 4 tahun. Juara keseluruhan bagi bawah 9 tahun dimenangi oleh adik Fredrik Sedeh dan bawah 12 tahun pula dimenangi oleh adik Florence Sindolita Sedeh. Kedua-dua pemenang ini adalah anak kepada Laskar Kanan Maritim Sedeh Aton.
 
Dalam acara berpasangan pula, dua acara dipertandingkan iaitu 'baling-baling sayang' dan 'boling kelapa'. Acara ini merupakan acara yang mendapat sambutan warga maritim di sini. Juara bagi 'baling-baling sayang' telah dimenangi oleh pasangan Laskar Kelas I Maritim Muhammad Azuwa Mohd Asri, tempat kedua oleh pasangan Leftenan Komander Maritim Noor Azmi Mohd Dahan dan ketiga Pasangan Laskar Kanan Maritim Sedeh Aton. Bagi 'boling kelapa' pula dimenangi oleh pasangan Laskar Kelas I Maritim Muhd Fakri Ahmad, kedua pasangan Bintara Muda Maritim Azhar Awang dan ketiga pasangan Laskar Kelas I Muhammad Azuwa Mohd Asri.
 
Acara seni dan kreatif bagi kategori wanita terbuka, sebanyak tiga acara dipertandingkan seperti 'kupas buah epal', 'mengayam ketupat' dan 'masuk benang dalam jarum'. Juara keseluruhan bagi acara ini dimenangi oleh Laskar Kelas I Maritim Rossila Abu Hassan. Majlis ini juga turut dimeriahkan lagi dengan acara kanak-kanak paling ceria dan pasangan paling sporting. Bagi acara kanak-kanak paling ceria, adik Siti Nur Syaimaa Shamsuddin telah dipilih sebagai pemenang dan pasangan paling sporting pula telah dimenangi oleh pasangan Laskar Kanan Maritim Sedeh Aton serta isteri, Liza Didi . Acara cabutan bertuah juga diadakan bagi memeriahkan majlis ini. Sebanyak 30 hamper dan 10 barangan elektrik telah disediakan dan menjadi rebutan pada tahun ini.
 
Dalam pada itu, satu majlis penyampaian hadiah bagi Karnival Sukan DM14 juga telah diadakan di program ini. Terdahulu, acara yang dipertandingkan dalam kanival sukan ini adalah bola sepak, futsal, bola tampar, sepak takraw, bowling, marathon dan tarik tali yang telah bermula awal tahun iaitu April hingga bulan Oktober lalu. Sistem liga dipergunakan dalam setiap perlawanan ini bagi mengumpul mata untuk digelarkan juara keseluruhan pada tahun ini.
 
Juara keseluruhan telah dimenangi oleh unit pejabat DM14 dengan memenangi acara bagi badminton, sepak takraw, bola tampar dan tarik tali, di tempat kedua dimenangi oleh KM Mabul, ketiga KM Bistari dan tempat keempat KM Adil. Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Ketua Penguat Kuasa DM 14, Komander Maritim Che Adnan Md Isa. Majlis berakhir pada jam 1.30 petang.
 
 hari keluarga 1  hari keluarga 2
 hari keluarga 4  hari keluarga 3
 hari keluarga 5  hari keluarga 6
 hari keluarga 7  hari keluarga 8
 
 
 
Sumber : Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim Labuan (DM14)
 
Oleh       : LK II (M) Muhamad Hanif Abu Zarin 
 
 
 

Vinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo Slider
Arkib APMM