MARITIM MALAYSIA SERTAI PERSIDANGAN ASIA NAVIGATOR 2024

KUALA LUMPUR, 1 Februari – Persidangan Asia Navigator 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Sheraton Imperial Hotel, di ibu negara pada 30 dan 31 Januari 2024.

Persidangan yang bertemakan ‘Shaping the Future of Emergency Response Systems in Malaysia’ telah menyaksikan pembentangan oleh 19 speaker dengan pelbagai latar belakang dari seluruh Malaysia.

Persidangan ini dianjurkan oleh International Academies of Emergency Dispatch (IAED) dengan kerjasama Priority Dispatch Corp (PDC), TM One, dan GFIS (M) Sdn. Bhd.

Acara tahunan ini menjadi platform untuk menghimpunkan agensi-agensi yang bertanggungjawab terhadap kes-kes kecemasan serta pihak yang mengendalikan sistem kecemasan MERS 999 seperti Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Seramai kira-kira 350 peserta hadir dalam persidangan ini di mana Maritim Malaysia telah menghantar 23 orang pegawai dan anggota bagi mewakili agensi.

Ketua Cawangan Bantuan Bencana dari Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Malaysia, Komander Maritim Dr. Suzanna Razali Chan telah menyampaikan perkongsian ilmu bertajuk ‘Mass Rescue : Challenges and Way Forward’.

 

ASIA NAVIGATOR   ASIA NAVIGATOR 3   ASIA NAVIGATOR 5   ASIA NAVIGATOR 4