19
Tue, Mar

TIGA NELAYAN DITAHAN, CUBA SELUDUP ENAM RIBU LITER DIESEL

LANGKAWI, 19 Februari – Maritim Negeri Kedah dan Perlis menahan sebuah bot pukat tunda kelas C bersama tiga lelaki tempatan kerana dipercayai cuba menyeludup enam ribu liter minyak diesel di kedudukan 0.6 batu nautika utara Pulau Langgun lebih kurang pada jam 11.00 malam semalam.

Bot nelayan itu ditahan ketika sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan semasa dihampiri Kapal Maritim Malaysia dalam rondaan OP AMAN di sekitar perairan Langkawi.

Ketika pemeriksaan ke atas bot berkenaan, terdapat satu ruang tambahan yang dibuat di atas bot dan ditutup dengan kayu papan lapis dengan hasrat untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Anggota Maritim Malaysia bertindak membongkar kayu papan lapis itu dan menemukan dua kotak simpanan yang telah diubahsuai menjadi tong minyak tambahan.

Hasil penemuan itu, suspek disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan minyak subsidi yang dianggarkan sebanyak enam ribu liter bernilai hampir RM13 ribu.

Ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan umur 32 hingga 40 tahun itu ditahan bersama bot sebelum dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen seperti yang ditetapkan dalam buku lesen dan Akta Bekalan 1961 iaitu memilik barang kawalan tanpa kelulusan dalam kuantiti yang tidak dibenarkan.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 mereka boleh didakwa atas kesalahan melanggar syarat lesen, jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebarang aduan mengenai aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Kedah dan Perlis di talian 04-9662750 untuk tindakan segera.

 

DIESEL SELUDUP   DIESEL SELUDUP 2   DIESEL SELUDUP 5   DIESEL SELUDUP 4

 

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON