19
Tue, Mar

OP CARILAMAT HARI KE-2 | LELAKI TEMPATAN DISYAKI LEMAS DI PANTAI BATU BURUK

KUALA TERENGGANU, 19 Februari – Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) seorang lelaki berusia 43 tahun yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu Buruk, berhadapan Hotel Primula semalam bersambung bagi hari kedua.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali berkata selaku penyelaras operasi terbabit, pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Maritime Rescue Sub-Center (MRSC) telah menetapkan sektor pencarian bagi CARILAMAT hari ke-2 diperbesarkan dengan merangkumi keluasan 67.8 batu nautika persegi berpandukan keadaan arus dan cuaca pada hari ini.

Seawal 7.00 pagi, empat aset, masing-masing dari Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah diaturgerak bagi melakukan pencarian dari Muara Kuala Terengganu ke Pulau Kapas.

Anggota dari Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut melaksanakan rondaan di persisir pantai bagi membantu pencarian. Tiga buah jet ski orang awam turut serta membantu dalam pencarian.

Terdahulu, seorang lelaki berusia 43 tahun dilaporkan hanyut ditarik ombak serta hilang ketika sedang mandi di pantai tersebut, Mangsa bersama keluarga dikatakan sedang bercuti di Terengganu sempena cuti sekolah.

Khairulanuar berkata, kepekaan masyarakat terhadap faktor ombak besar serta cuaca penting sebelum melakukan aktiviti laut. Beliau memohon kerjasama masyarakat terutama komuniti maritim bagi memaklumkan pengunjung tentang keselamatan ketika beriadah di pantai serta melaporkan sebarang maklumat kejadian kecemasan yang berlaku di perairan Terengganu ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Terengganu di talian 09-6223657.

 

CARILAMAT TERENGGANU

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON