29
Fri, Mar

BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT

KUALA KEDAH, 20 Mac – Lima kru bot berdepan detik cemas apabila bot nelayan tempatan yang dinaiki mengalami kebocoran lalu tenggelam di kedudukan sembilan batu nautika barat laut dari muara Kuala Kedah pada pukul 3.40 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan Operasi CARILAMATdan mengatur gerak bot Penggalang 35 ke lokasi pencarian pada pukul 6.30 pagi tadi.

Pada pukul 8.05 pagi, kelima-lima mangsa telah berjaya diselamatkan oleh sebuah bot nelayan tempatan yang berada di sekitar lokasi pencarian sebelum dipindahkan ke bot Maritim Malaysia.

Kesemua mangsa dibawa balik ke Jeti Batang Pinang, Kuala Kedah setelah pemeriksaan lanjut dilaksanakan.

Maritim Malaysia khususnya Zon Maritim Kuala Kedah mengingatkan semua yang berhasrat melakukan aktiviti di laut agar mengambil langkah-langkah keselamatan seperti memakai jaket keselamatan, merujuk ramalan kaji cuaca, memastikan bot dalam keadaan baik dan membawa Personal Locator Beacon (PLB).

Zon Maritim Kuala Kedah juga memohon orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

BOT KARAM 2
 
BOT KARAM 3

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON