20
Sat, Apr

DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN

PASIR PUTEH, 19 Mac – Maritim Negeri Kelantan berjaya menahan dua buah bot nelayan asing Vietnam pada kedudukan lebih kurang 160 hingga 162 batu nautika dari muara Tok Bali Sabtu lalu.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, kesemua tangkapan dilakukan oleh sebuah kapal milik Agensi ini yang sedang melaksanakan rondaan di sempadan perairan Malaysia-Vietnam dalam Op Damai, Op Naga Barat, dan Op Tiris.

Kedua-dua bot telah dikesan dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 11.02 pagi sebelum bot pertama berjaya ditahan lebih kurang pukul 11.28 pagi dan diikuti bot kedua pada pukul 12.14 tengah hari berkenaan.

Beliau memaklumkan, kedua-dua bot pada awalnya tidak memberikan kerjasama dan cuba melarikan diri ke sempadan perairan negara apabila penguat kuasa Maritim Malaysia memberikan arahan untuk menghentikan bot.

Melihat keadaan yang berlarutan, kapal Maritim Malaysia bertindak memintas bot dan melakukan force boarding untuk menghentikan bot-bot berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati bot pertama dan kedua masing-masing mempunyai 18 dan 5 orang kru termasuk tekong menjadikan jumlah keseluruhan individu yang ditahan berjumlah 23 orang. Kesemua mereka disyaki warga Vietnam berumur di antara 16 hingga 55 tahun.

Pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua bot yang ditahan merupakan bot nelayan asing Vietnam.

Selain dua buah bot yang ditahan, tangkapan kali ini turut melibatkan rampasan kira-kira 1,000 kilogram hasil laut, peralatan menangkap ikan, peralatan navigasi dan komunikasi serta bekalan diesel 2,500 liter dengan anggaran nilai hampir RM3 juta.

Kesemua bot disyaki melakukan aktiviti perikanan secara haram di perairan negara dan akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen kebenaran menangkap ikan di perairan Malaysia oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Dua tekong juga disyaki melanggar Seksyen 16 (3) Akta Perikanan 1985 kerana gagal memaklumkan pegawai berkuasa melalui radio atau faksimili tentang nama negara, bendera, lokasi laluan dan destinasi vesel, dalam hal memasuki perairan perikanan Malaysia.

Kesemua kru juga akan disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Sabit kesalahan bagi kes perikanan, boleh dihukum denda sehingga RM6 juta kepada tekong dan RM600 ribu ke atas setiap kru mengikut Seksyen 25 (a) Akta Perikanan 1985, bot dan peralatan menangkap ikan juga boleh dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.

Bagi kes di bawah Imigresen, tekong dan kru boleh dihukum denda tidak lebih daripada RM10 ribu atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan hukuman sebatan tidak lebih daripada enam kali sebatan mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63.

Proses membawa balik bot tahanan telah mengambil masa lebih 35 jam sebelum kedua-dua bot tiba di Jeti Maritim Negeri Kelantan kira-kira pukul 11.00 malam Ahad untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.

 

BOT 2   IMG 0465   PC FEB 2024 2   PC FEB 2024 5

 

 

 

 

 

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON